Matlamat merupakan arah tuju yang ingin dicapai tetapi ia bukanlah yang terakhir untuk dikecapi. jangan sesekali berputus asa selagi matlamat itu tak tercapai sepenuhnya dan jangan cepat atau mudah mengalah.
  • Kedah Juara Piala FA 2017

    SHAH ALAM: Kedah muncul juara Piala FA 2017 selepas menumbangkan Pahang 3-2 di Stadium Shah Alam.
    Kedudukan 3-2 kekal ke wisel penamat untuk Kedah sekali lagi menjulang Piala FA buat kali keempat.
    Penjaring:
    Kedah - Ken Ilso (minit ke-20), Baddrol Bakthiar (minit ke-45, 72)
    Pahang – Heo Jaewon (minit ke-45+3), Mohamadou Sumareh (minit ke-80)

  • Kedah Juara Piala Subangsih 2017

    Kedah dinobatkan juara Piala Sumbangsih 2017 dan membawa pulang hanya 1 mata dari Larkin.
    Ia sekaligus menamatkan penantian sejak 1994. Ia juga trofi ketiga Tan Cheng Hoe dalam masa 3 tahun.
    Kedah menang menerusi sepakan penalti dengan kemenangan 4-5.

  • Kedah Juara Piala Malaysia 2016

    PETALING JAYA: Kedah menjulang trofi Piala Malaysia 2016 selepas menundukkan Selangor 6-5 menerusi penentuan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam Ahad.
    Mohd Rizal Ghazali diangkat sebagai wira skuad Helang Merah itu selepas menjaringkan penalti kemenangan susulan sepakan pemain Selangor, Rizal Fahmi terkena palang.
    Ini merupakan kali kelima Kedah berjaya menjulang Piala Malaysia.

  • Kedah Juara Piala Malaysia 2008

    Tahniah kepada pasukan Kedah kerana berjaya memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia untuk musim 2008 dengan menewaskan Selangor sekaligus mengekalkan status pasukan elit yang telah berjaya memenangi 3 kejuaraan semusim (Liga Super, Piala FA , Piala Malaysia) selama 2 musim berturut-turut.

  • Kedah Juara Piala Malaysia 2007

    Tahniah kepada pasukan Kedah kerana berjaya memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia untuk musim 2007 dengan menewaskan Perak 3-0 sekaligus mengekalkan status pasukan elit yang telah berjaya memenangi 3 kejuaraan semusim (Liga Super, Piala FA , Piala Malaysia)

  • Kedah Juara Piala Malaysia 1993

    DETIK BERSEJARAH kehebatan Kedah sepanjang zaman. Merangkul kejuaraan Piala Malaysia 1993, buat kali kedua dalam sejarah bolasepak negeri.
    TONGGAK pertahanan Kedah, Lee Kin Hong dalam mengekang pergerakan penyerang import Singapura, Alistair Edwars dalam aksi penuh bersejarah pada malam perlawanan akhir Piala Malaysia 1993.

  • Kedah Juara Piala Malaysia 1990

    Tarikh 15 Disember 1990 merupakan malam yang tak mungkin dilupakan oleh seluruh peminat bola sepak Kedah daripada segenap lapisan.
    Itulah malam di mana Kedah telah menempah sejarah.
    Pada jam 8.45 malam, 15 Disember merupakan detik yang penuh dengan cabaran bagi pemain dan juga ribuan peminat Kedah di Stadium Merdeka dan ratusan ribu peminat Kedah duduk di depan peti televisyen.
    Itulah saat-saat yang akan menentukan kalah menangnya pasukan Hijau Kuning.

Wednesday, July 19, 2017

Sumber : http://www.biasiswa.net/


PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) TAHUN 2017 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 

1. PENGENALAN 

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan ijazah pertama tajaan JPA untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan kedoktoran dalam pelbagai bidang di universiti yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU). 

2. SYARAT - SYARAT PERMOHONAN 

2.1 Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut: 

2.1.1 Syarat-Syarat Umum 

a. Warganegara Malaysia berumur tidak lebih 26 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 30 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran pada tahun permohonan;
b. Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat ijazah pertama;
c. Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat ijazah pertama atau sarjana pada tahun 2016 hingga tarikh tutup permohonan penajaan ini di mana ianya bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Sarjana atau Kedoktoran;
d. Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat/tanpa syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa. Senarai universiti adalah seperti di Lampiran A;
e. Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat ijazah pertamanya;
f. Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2017;
g. Program Ijazah Sarjana yang dipohon bukanlah program yang dinilai taraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam. Sebagai contoh, Kerajaan telah menetapkan bahawa kelayakan Master of Engineering(M.Eng) dari universiti-universiti di United Kingdom hanya layak digunakan untuk tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau RIBA Part II bagi pengajian senibina yang mana ia hanya diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Senibina sahaja; dan
h. Mempunyai baki tempoh pengajian sebanyak 12 bulan bagi pengajian peringkat sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Kedoktoran; dan 

2.1.2 Syarat Khusus 

Kelayakan minima akademik adalah seperti berikut: 

a. Memperoleh Ijazah Kelas Pertama atau PNGK minimum 3.75 atau setaraf dengannya pada pengajian peringkat ijazah pertama/ sarjana dalam Negara atau luar Negara; atau
b. Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun, kelayakan akademik minimum adalah seperti berikut: 

UNITED KINGDOM: 70% & ke atas
AUSTRALIA /NEW ZEALAND: 85%
JEPUN: 85% A+B (50%A) 

85% A+B - Jumlah gred A dan B yang diperolehi adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred A. 


3. BIDANG PENGAJIAN YANG TIDAK DITAJA 

Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah perubatan, pergigian, farmasi, pendidikan, kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA, LINUX dan CLP. 

4. MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN 

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut: 

(a) Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
(b) Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau
(c) Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
(d) Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman. 

5. KADAR ELAUN 

Kadar elaun bagi program penajaan ini adalah seperti berikut: 



CARA MEMOHON 

Permohonan dibuka secara atas talian di Portal eSILA http://esilav2.jpa.gov.my selama tujuh (7) hari mulai 18 Julai 2017 (Selasa) jam 9.00 pagi hingga 24 Julai 2017 (Isnin) jam 5.00 petang. Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. 

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Pelajar Cemerlang Tahun 2017 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat. 

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (5 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:30 pagi hingga jam 5:30 petang atau e-mel di alamat ppc2017@jpa.gov.my

7. STUDENT ASSESSMENT CENTER (SAC) 

Calon-calon yang memohon program penajaan ini juga dikehendaki untuk menghadiri sesi Student Assessment Center (SAC) yang dijadualkan mulai 7 Ogos - 10 Ogos 2017. Calon-calon juga dikehendaki untuk membawa dokumen asal dan satu (1) salinan dokumen asal pada sesi SAC tersebut. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut: 

1. Kad pengenalan calon; 2. Semua transkrip peperiksaan di peringkat Ijazah Pertama dan Skrol Ijazah. Transkrip peperiksaan yang menggunakan bahasa asing perlu diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan disahkan oleh pihak universiti asal atau Institut Terjemahan Negara;
3. Bagi pelajar sarjana / kedoktoran yang sedang atau bakal mengikuti pengajian secara penyelidikan, pelajar perlu menyediakan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) bagi tujuan pembentangan.
4. Selain daripada kaedah pengajian di atas, pelajar sarjana yang sedang / bakal mengikuti pengajian perlu menyediakan plan of study yang telah disahkan oleh penyelia untuk rujukan panel.
5. Surat tawaran tanpa syarat universiti di peringkat sarjana / kedoktoran. Sekiranya tawaran kemasukan adalah tawaran bersyarat, ia mestilah di atas sebab pengesahan sumber kewangan sahaja; dan
6. Dokumen lain bagi pembuktian ijazah Kelas Pertama (Sekiranya tiada catatan di atas skrol ijazah). 

8. KEPUTUSAN PERMOHONAN 


Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my/ pada 14 September 2017 (Khamis) jam 5.00 petang. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam portal Esila.
Wednesday, July 19, 2017   Posted by anjangdahar with No comments
Read More
Juara bertahan TM Piala Malaysia 2016 dan juara Piala FA 2017, Kedah ditempatkan di dalam Kumpulan C bersama-sama pasukan Kelantan, Melaka United dan UITM FC.


Perlawanan Pertama :




2 gol terhasil dalam perlawanan pertama, melalui Sandro Mendonca di minit ke 29 dan Baddrol Bakhtiar di minit ke 64. 3 mata pertama buat skuad hijaukuning selepas menewaskan Melaka United SA dengan jaringan 2-0 dalam Kumpulan C TM Piala Malaysia 2017.


Perlawanan Kedua :


5 gol terhasil dalam perlawanan kedua dengan keputusan penuh Kedah FA menewaskan tuan rumah UiTM FC 5-0. Gol Kedah dijaringkan oleh Syafiq, Liridon, Ken Ilso, Sandro dan gol sendiri pemain UiTM FC Faiz Bandong.

Ifwat juga beraksi cemerlang dengan menggagalkan beberapa cubaan penyerang UiTM FC dan juga membantu pertahanan membuka ruang semasa bertahan. Ketangkasan dan bijak membaca permainan memastikan Kedah FA meneruskan rentak tanpa bolos.



Perlawanan Ketiga :



Keputusan penuh bagi aksi ke-3 kumpulan C TM Piala Malaysia malam ini. Kedah FA masih di tangga teratas Kumpulan C, hanya dibezakan melalui perbezaan gol walaupun berkongsi 6 mata dengan Kelantan FA dan Melaka United SA.
Wednesday, July 19, 2017   Posted by anjangdahar in , , , with 1 comment
Read More

Terjemahan
Teks Al Qur'an
Ayat
Demi (malaikat-malaikat) yang diutus untuk menjalankan tugas-tugasnya (membawa kebaikan,) وَالْمُرْسَلَاتِ عُرْفًا
1
Dan (malaikat-malaikat) yang terbang dengan kencangnya, فَالْعَاصِفَاتِ عَصْفًا
2
Dan (malaikat-malaikat) yang menyebarkan (rahmat Tuhannya) dengan seluas-luasnya, وَالنَّاشِرَاتِ نَشْرًا
3
Dan (malaikat-malaikat) yang membezakan (antara yang baik (hak) dan yang buruk (batil)) dengan sejelas-jelasnya, فَالْفَارِقَاتِ فَرْقًا
4
Dan (malaikat-malaikat) yang menyampaikan wahyu, فَالْمُلْقِيَاتِ ذِكْرًا
5
Untuk menolak alasan-alasan atau memberi peringatan, عُذْرًا أَوْ نُذْرًا
6
Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu itu pasti terjadi. إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَوَاقِعٌ
7
Maka apabila bintang-bintang (telah)  dihapuskan, فَإِذَا النُّجُومُ طُمِسَتْ
8
Dan apabila langit (telah)  terbelah, وَإِذَا السَّمَآءُ فُرِجَتْ
9
Dan apabila gunung-ganang telah dihancurkan menjadi debu, وَإِذَا الْجِبَالُ نُسِفَتْ
10
Dan apabila rasul-rasul telah ditetapkan waktu (mereka). وَإِذَا الرُّسُلُ أُقِّتَتْ
11
(Nescaya dikatakan kepada mereka:) "Sampai hari apakah ditangguhkan (azab orang-orang kafir itu)?" لِأَيِّ يَوْمٍ أُجِّلَتْ
12
Sampai hari keputusan. لِيَوْمِ الْفَصْلِ
13
Dan tahukah kamu apakah hari keputusan itu? وَمَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الْفَصْلِ
14
Celakalah pada hari itu bagi mereka yang mendustakan (kebenaran). وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ
15
Bukankah Kami telah binasakan orang-orang yang terdahulu? أَلَمْ نُهْلِكِ الْأَوَّلِينَ
16
Lalu Kami iringkan (azab Kami terhadap) mereka dengan (mengazab) orang-orang yang datang kemudian. ثُمَّ نُتْبِعُهُمُ الْآخِرِينَ
17
Demikianlah Kami lakukan terhadap orang-orang yang berdosa. كَذَلِكَ نَفْعَلُ بِالْمُجْرِمِينَ
18
Kecelakaan besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan (kebenaran). وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ
19
Bukankah Kami menciptakan kamu dari air yang hina?, أَلَمْ نَخْلُقكُّم مِّنْ مَّآءٍ مَّهِينٍ
20
Kemudian Kami letakkan dia dalam tempat yang kukuh (rahim), فَجَعَلْنَاهُ فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ
21
Sampai waktu yang ditentukan, إِلَى قَدَرٍ مَّعْلُومٍ
22
Lalu Kami tentukan (bentuknya), maka Kami-lah sebaik-baik yang menentukan. فَقَدَرْنَا فَنِعْمَ الْقَادِرُونَ
23
Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ
24
Bukankah Kami menjadikan bumi (tempat) berkumpul, أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ كِفَاتًا
25
Bagi orang-orang yang masih hidup dan orang-orang yang sudah mati?, أَحْيَاءً وَأَمْوَاتًا
26
Dan Kami jadikan padanya gunung-ganang yang tinggi, dan Kami beri kamu minum dengan air yang tawar? وَجَعَلْنَا فِيهَا رَوَاسِيَ شَامِخَاتٍ وَأَسْقَيْنَاكُمْ مَاءً فُرَاتًا
27
Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ
28
(Dikatakan kepada mereka pada hari kiamat): "Pergilah kamu mendapatkan azab yang dahulunya kamu mendustakannya. اِنْطَلِقُوا إِلَى مَا كُنْتُمْ بِهِ تُكَذِّبُونَ
29
Pergilah kamu mendapatkan naungan (asap api neraka) yang mempunyai tiga cabang, اِنْطَلِقُوا إِلَى ظِلٍّ ذِي ثَلاثِ شُعَبٍ
30
Yang tidak melindungi dan tidak pula menolak nyala api neraka". لَا ظَلِيلٍ وَلا يُغْنِي مِنَ اللَّهَبِ
31
Sesungguhnya neraka itu melontarkan bunga api (sebesar dan setinggi) istana, إِنَّهَا تَرْمِي بِشَرَرٍ كَالْقَصْرِ
32
Seolah-olah ia iringan unta yang kuning. كَأَنَّهُ جِمَالَتٌ صُفْرٌ
33
Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ
34
Ini adalah hari, yang mereka tidak dapat berbicara (pada hari itu), هَذَا يَوْمُ لَا يَنْطِقُونَ
35
Dan tidak diizinkan kepada mereka mengemukakan alasan (minta uzur) agar mereka (dapat) dimaafkan. وَلَا يُؤْذَنُ لَهُمْ فَيَعْتَذِرُونَ
36
Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ
37
Ini adalah hari keputusan; (pada hari ini) Kami mengumpulkan kamu dan orang-orang yang terdahulu. هَذَا يَوْمُ الْفَصْلِ جَمَعْنَاكُمْ وَالْأَوَّلِينَ
38
Jika kamu mempunyai tipu daya, maka lakukanlah tipu dayamu itu terhadap-Ku. فَإِنْ كَانَ لَكُمْ كَيْدٌ فَكِيدُونِ
39
Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ
40
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam naungan (pepohonan syurga yang teduh) dan (di sekitar ada) mata air. إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي ظِلَالٍ وَعُيُونٍ
41
Dan (mendapat) buah-buahan dari (macam-macam) yang mereka ingini. وَفَوَاكِهَ مِمَّا يَشْتَهُونَ
42
(Dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah kamu dengan rasa nikmat (enak) sebagai balasan daripada apa yang telah kamu kerjakan". كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
43
Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ
44
Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ
45
(Dikatakan kepada orang-orang Kafir): "Makanlah dan bersenang-senanglah kamu (di dunia dalam waktu) yang pendek; sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang berdosa (derhaka)". كُلُوا وَتَمَتَّعُوا قَلِيلًا إِنَّكُمْ مُجْرِمُونَ
46
Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ
47
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Rukuklah", mereka tidak mau rukuk. وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ارْكَعُوا لَا يَرْكَعُونَ
48
Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ
49
Maka kepada perkataan apakah [ajaran manakah] (selain Al Qur'an) ini mereka akan beriman? فَبِأَيِّ حَدِيثٍم بَعْدَهُو يُؤْمِنُونَ
50
Wednesday, July 19, 2017   Posted by anjangdahar in , , with 2 comments
Read More

Tuesday, July 18, 2017


TM MALAYSIA CUP 2017 PERLAWANAN KE-3
KELANTAN FA VERSUS KEDAH FA
18 Julai, Selasa 9:00 malam
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu



Senarai kesebelasan utama skuad hijaukuning malam ini.

Kembalinya gandingan Syazwan Tajudin dan Liridon Krasniqi di bahagian tengah mengimbau aksi kebangkitan Kedah FA menjuarai Liga Premier 2015.





Tuesday, July 18, 2017   Posted by anjangdahar in , , , with 1 comment
Read More

Saturday, July 15, 2017




Dengan kembalinya Sandro dalam pasukan Kedah FA malam ini, panggilan beberapa pemain muda berbakat baru dalam pasukan, aksi malam ini pasti menarik untuk disaksikan!

LIGA SUPER 2017 PERLAWANAN KE-16
Kedah FA versus Selangor FA 
15 Julai Sabtu 9:00 malam
Stadium Darul Aman


Kesebelasan utama skuad hijaukuning kembali membariskan barisan seperti Hanif Dzahir, Syazwan Tajudin dan Asri Mardzuki bagi memperkuatkan benteng dan jentera serangan dalam pertembungan menarik malam ini.



Dengan beberapa pemain yang masih dalam pemulihan dan panggilan skuad kebangsaan, jurulatih Mohd Nidzam Adha Yusof memanggil beberapa muka baru dari skuad Piala Presiden di barisan bangku simpanan.



Saturday, July 15, 2017   Posted by anjangdahar in , , with No comments
Read More

Saturday, September 24, 2016


Sumber : Berita Harian
Oleh Nor Farhani Che Adbh
news@bh.com.my

SABTU, 24 SEPTEMBER 2016 @ 4:08 PM

SUNGAI PETANI: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, mahu melihat Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mencapai status universiti penuh menjelang tahun depan, sekali gus muncul universiti Islam pertama di Kedah. 

Perkara itu dinyatakan baginda yang juga Canselor KUIN melalu titah ucapan dibacakan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah sempena Istiadat Konvokesyen KUIN Ke-18, di sini, hari ini. 

Baginda melalui titah berkenaan, yakin Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, mampu merealisasikan hasrat itu sekiranya semua pihak berganding bahu. 

"Beta berharap KUIN dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui gabungan ilmu duniawi dan ukhrawi secara lebih berdaya saing dengan mengambil kira kehendak industri, yang bukan sahaja menawarkan produk dan perkhidmatan patuh syariah tetapi juga graduan holistik yang berpegang teguh kepada nilai wasatiyyah. 

"Bagi meningkatkan daya saing graduan Insaniah, beta berharap kerajaan negeri di bawah dapat memastikan KUIN mendapat status universiti penuh pada 2017," titah baginda. 

Pada istiadat itu Mufti Kedah, Datuk Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad, mendahului senarai 1,484 graduan menerima sijil asasi, diploma dan ijazah masing-masing dalam pelbagai bidang. 

Mufti Kedah menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengajaran Hadis. 

Dalam titah itu juga, baginda mahu graduan KUIN menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara melalui nilai wasatiyyah bercirikan akhlak yang terpuji dan mampu memartabatkan nama baik KUIN di mata dunia. 

"Kejayaan yang dicapai hari ini menjadi pemangkin kepada generasi yang akan datang ke arah pembinaan tamadun keilmuan Islam dalam melahirkan generasi ulul-albab melalui pendekatan al-Quran dan al-Sunnah," titah baginda. 

Seri Paduka turut yakin semua graduan KUIN mampu memenuhi kehendak dan keperluan pasaran serta industri masa kini, dan menjadi ilmuan yang tinggi nilai akhlaknya. 

"Beta berharap KUIN juga dapat tingkatkan mutu pengajaran dengan mengambil kira kehendak industri yang bukan sahaja tawarkan produk dan perkhidmatan yang patuh syariah, tapi juga graduan holistik yang berpegang teguh kepada nilai wasatiyyah," titahnya. 
Saturday, September 24, 2016   Posted by anjangdahar with 1 comment
Read More

Wednesday, September 21, 2016


Kenangan Bergambar Dengan Dr. Jamal Ramadhan
[ Di Kelas Terakhir Turuq Tadris ]
Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
Wednesday, September 21, 2016   Posted by anjangdahar with No comments
Read More

Kenangan Bergambar Dengan Dr. Mohamed Ibrahim Hasan Othman
[ Di Kelas Terakhir Ilm Lughah ]
Kolej Universiti Insaniah (KUIN)

Wednesday, September 21, 2016   Posted by anjangdahar with 1 comment
Read More

Wednesday, December 18, 2013


BAHASA Arab! Mengapa bahasa Arab? Apa perlunya bahasa Arab? Siapa, bila, kenapa, di mana dan bagaimana?

Bagi seorang muslim di Malaysia, bahasa Arab bukanlah sesuatu yang asing. Sejak lahir mereka telah mendengar lafaz azan yang sememangnya bahasa Arab. Dalam kehidupan seharian mereka menggunakan bahasa Arab iaitu ketika berwuduk, azan, iqamat, solat dan berdoa.

Malah tiga perlima daripada rukun Islam adalah dalam bahasa Arab. Umat Islam mengucap dua kalimah syahadah, bersolat dan menunaikan haji menggunakan bahasa Arab sepenuhnya. Umpamanya dalam solat lima waktu mereka bertutur dalam bahasa Arab. Tanpa bacaan al-Fatihah, solat tidak sah.

Begitu juga al-Quran yang menjadi pedoman hidup orang Islam juga dalam bahasa Arab. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. lebih 1,400 tahun lalu dan sehingga kini ia tidak pernah berubah walau satu huruf pun, apatah lagi perkataan atau ayat. Walaupun begitu, ia masih boleh difahami berbanding teks dalam bahasa lain yang sudah ditelan zaman.

Walaupun al-Quran diterjemahkan dalam berbagai-bagai bahasa di dunia ini, namun ia tidak akan dapat menyaingi teks yang asal. Malah ada ketikanya terjemahan yang digunakan bukan sahaja tidak tepat, malah berbeza dengan kehendak yang asal.

Umpamanya dalam surah al-Insyirah yang rata-rata dihafal oleh kebanyakan orang Melayu. Ayat kelima dan keenam diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu seperti berikut: Maka sesungguhnya di samping kesukaran terdapat kesenangan. Dan sesungguhnya di samping kesukaran terdapat kesenangan.

Persoalan sekarang, yang mana lebih banyak sukar atau senang? Di sini terdapat tiga jawapan. Pertama, sukar lebih banyak daripada senang. Kedua, senang lebih banyak daripada sukar. Ketiga, sukar dan senang sama banyak. Jadi yang mana satu jawapannya?

Seandainya kita hanya merujuk kepada teks terjemahan kita akan memberikan jawapan yang ketiga. Ini kerana di samping sukar ada senang. Dan di samping sukar ada senang. Maknanya ada sukar ada senang, ada sukar ada senang. Jadi sama banyaklah.

Untuk menjawab persoalan ini kita sewajibnya melihat kepada teks yang asal dalam bahasa Arab. Perkataan sukar disebut sebagai al-usr. Perkataan senang pula disebut sebagai yusran. Apakah perbezaannya? Perkataan sukar mengandungi imbuhan al manakala perkataan senang tidak ada imbuhan al.

Perkataan yang mengandungi imbuhan al adalah makrifah. Maknanya ia tertentu dan khusus. Dalam bahasa Inggeris imbuhan al hampir diterjemahkan sebagai the. Perkataan yang tidak mengandungi imbuhan al dan berbaris dua adalah nakirah. Maknanya ia umum dan tidak khusus. Dalam bahasa Inggeris imbuhan tanpa al dan berbaris dua hampir diterjemahkan sebagai a.

Jadi, yang mana banyak? A atau the? Sudah tentulah a yang lebih banyak. Sehubungan itu, bolehlah kita faham kenapa satu kesukaran terdapat berbagai-bagai kesenangan.

Sejarah bahasa

Bahasa Arab berasal daripada rumpun bahasa Samiyah yang dinisbahkan kepada keturunan Sam anak Nabi Noh. Mereka terbahagi kepada tiga golongan. Pertama, golongan Bayidah yang terdiri daripada kabilah Cad, Thamad, Tasm, Jadas, Umaym dan Jurhum.

Golongan kedua pula ialah Caribah yang dinisbahkan kepada Yacrab bin Qahtan. Seterusnya pula ialah golongan Mustacribah yang berketurunan Nabi Ismail dan mereka menetap di Hijaz pada abad ke-19 sebelum Masihi.

Bahasa Arab merupakan salah satu daripada tiga bahasa utama yang memainkan peranan penting dalam sejarah peradaban manusia. Pengkaji sejarah telah menambah dua lagi bahasa menjadikan kesemuanya lima bahasa utama yang telah memberi sumbangan besar dalam sejarah perkembangan tamadun manusia. Bahasa-bahasa tersebut ialah bahasa Cina Kuno, bahasa Sanskrit, bahasa Latin, bahasa Greek dan bahasa Arab.

Walau bagaimanapun, hanya bahasa Arab yang masih digunakan dan terus berkembang sehingga kini. Berdasarkan kenyataan ini bolehlah dikatakan bahawa bahasa Arab mempunyai ciri-ciri istimewa yang membolehkan ia bertahan. Pengkaji-pengkaji bahasa masih terus berusaha menyelidik potensi bahasa tersebut.

Antara ciri-ciri istimewa bahasa Arab ialah ia telah dipilih Allah sebagai bahasa rasmi al-Quran yang merupakan pedoman asas untuk kehidupan di dunia dan di akhirat. Ini dijelaskan dalam surah Yusuf ayat kedua bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa al-Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu menggunakan akal (untuk memahaminya).

Pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran telah memberikan jaminan terhadap keunggulan bahasa itu. Maksudnya, selagi agama Islam atau al-Quran masih wujud di muka bumi, selagi itulah bahasa Arab akan tetap berkembang. Ini dijelaskan dalam surah aI-Hijr ayat sembilan yang bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Zikr (al-Quran), dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

Pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran merupakan satu keistimewaan bagi bahasa tersebut kerana ia dapat mengangkat martabat bahasa Arab. Seandainya al-Quran dan hadis bukan dalam bahasa Arab, maka bahasa Arab tidak mempunyai keistimewaan dan kemungkinan besar sudah hilang ditelan zaman seperti bahasa-bahasa kuno yang lain.

Oleh kerana pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran dilakukan oleh Yang Maha Mengetahui, maka sudah tentu bahasa itu ada kriteria istimewa yang tidak terdapat dalam bahasa lain. Sehubungan itu satu kajian mendalam tentang ciri-ciri keistimewaan bahasa Arab yang membolehkannya menjadi bahasa pilihan al-Quran dan hadis perlu dilakukan.

Antara peranan bahasa Arab yang penting ialah membantu perkembangan tamadun peradaban kuno yang lain seperti Yunani, Greek, Parsi dan Hindu. Kemudian bahasa Arab tersebar ke Barat pada Zaman Pencerahan (Renaissance) melalui pusat kebudayaan Islam seperti di Baghdad (Iraq), Kaherah (Mesir), Fes (Maghribi) dan Granada (Sepanyol).

Zaman keemasan bahasa Arab bermula pada abad ke-4 hingga abad ke-17 . Ketika itu ia digunakan sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan teknologi antarabangsa. Pada abad tersebut, ekonomi, politik dan ilmu pengetahuan bangsa Arab yang beragama Islam paling unggul sehingga disebut sebagai pembuka aspirasi kepada semangat zaman moden.

Pengaruh ke atas bahasa lain

PENGARUH dan sumbangan bahasa Arab terhadap bahasa asing menakjubkan pengkaji sejarah. Ia bukan hanya memperkayakan perbendaharaan kata, struktur atau aliran pemikiran bahkan kadang-kadang dapat menggantikan kedudukan bahasa tempatan.

Semenjak abad ke-4, bahasa Arab telah menjadi bahasa ilmu pengetahuan dan bahasa kebudayaan. Pada abad ke-13 hingga abad ke-14, bermula penterjemahan karya-karya bahasa Arab ke dalam bahasa Latin.

Sebenarnya, perkembangan bahasa Arab juga berlaku melalui proses pertembungan (akulturasi) budaya Islam dengan budaya Eropah seperti ketika berlakunya Perang Salib. Kesannya, bahasa Arab telah dapat memperkayakan perbendaharaan kata pelbagai bahasa utama di dunia sekarang ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Sepanyol.

Menurut pengkaji bahasa, terdapat kira-kira 2,000 perkataan dalam bahasa-bahasa di negara Eropah berasal daripada bahasa Arab. Daripada jumlah tersebut terdapat antara 400 hingga 500 perkataan tersebut masih digunakan dalam komunikasi harian pada hari ini.

Satu kajian lain pula berjaya mengumpulkan 400 kata pinjaman Arab yang biasa digunakan dalam bahasa Inggeris berdasarkan Random House Dictionary of the English Language, Webster’s Third New International Dictionary dan Shorter Oxford English Dictionary.

Antara bahasa di benua Eropah yang paling banyak menerima pengaruh perbendaharaan kata bahasa Arab ialah bahasa Sepanyol. Ini mungkin disebabkan Islam pernah menguasai negara itu selama kira-kira 800 tahun.

Selain Eropah, perkembangan perbendaharaan kata bahasa Arab terus meluas sehingga ke Asia Timur dan kebanyakan negara Afrika.

Kedatangannya ke kawasan-kawasan tersebut telah mempengaruhi perbendaharaan kata bahasa tempatan sehingga ia dapat mengambil alih kedudukan bahasa tempatan seperti bahasa Aramit, bahasa Kaldanit, bahasa Himyar, bahasa Qibti dan bahasa Suryani di kawasan Asia Barat.

Berdasarkan perbincangan di atas, secara umumnya bahasa Arab adalah satu-satunya bahasa terawal manusia yang masih digunakan sehingga sekarang. Pengaruhnya terhadap bahasa-bahasa lain adalah besar dan dapat dilihat pada perbendaharaan kata yang digunakan dalam bahasa-bahasa lain di seluruh dunia.

Sehubungan itu kita berasa yakin bahawa pengaruh bahasa Arab yang mudah meresap dalam pertuturan dan penulisan di kalangan sesebuah masyarakat sebagai asas kukuh untuk memudahkan seseorang menggunakan perbendaharaan kata bahasa Arab sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan.

Kolum Belajar Bahasa Arab ini akan disiarkan pada setiap hari Khamis dan Jumaat. Siri akan datang: Kedatangan Bahasa Arab ke kepulauan Melayu.

Oleh : DR. ABD. RAZAK ABU CHIK ialah guru bahasa Arab di SMK St. Paul, Seremban, Negeri Sembilan.


Wednesday, December 18, 2013   Posted by anjangdahar in with No comments
Read More

Tuesday, December 17, 2013


Persembahan Oleh Anak-Anak Saudaraku



Disediakan Oleh : Mohd Daharudin bin Haji Daud
Tuesday, December 17, 2013   Posted by anjangdahar in with No comments
Read More

Persembahan Oleh Anak-Anak Saudaraku



Disediakan Oleh : Mohd Daharudin bin Haji Daud
Tuesday, December 17, 2013   Posted by anjangdahar in with No comments
Read More

Persembahan Oleh Anak-Anak Saudaraku



Disediakan Oleh : Mohd Daharudin bin Haji Daud
Tuesday, December 17, 2013   Posted by anjangdahar in with No comments
Read More

Sunday, December 15, 2013




"At the time of a test, a person rises or falls."

Jadi KUNCI KEJAYAAN MINDA ialah PUNCA KECEMERLANGAN PEMIKIRAN..
meneliti sama ada ia adalah kejayaan sebenar-benar yang kita cari dan Allah suka dan redhai..

Walaubagaimanapun, Al-Qur'an dan Hadis Nabi Muhammad banyak mengungkapkan beberapa banyak ungkapan motivasi ..antaranya :

bersegeralah
berlumba-lumbalah
bersungguh-sungguhlah
bersabarlah
kuatkanlah kesabaranmu

Lihatlah, antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan.

KELMARIN sudah pun berlalu,
HARI INI sedang berjalan dan
ESOK belum tiba.

Maka gunalah kesempatan HARI INI kerana kesempatan itu ialah HARTA YANG TERPENDAM.

Berjayanya Tindakan Seorang Mukmin itu apabila dia :
- tidak terlepas daripada akal yang sentiasa berfikir.
- pandangan yang sentiasa membina.
- lisan yang sentiasa berzikir.
- hati yang sentiasa bersyukur.
- bersungguh-sungguh untuk bersabar dalam bekerja.

Mereka yang berjaya dengan sebenar-benar kejayaan itu apabila :
- Diredhai Allah kerana keimanannya.
- Disayangi keluarga kerana kelembutannya.
- Dicintai manusia kerana akhlaknya.
- Dihormati masyarakat kerana manfaat yang diberikannya.

Kerana mereka adalah orang yang berjaya , yang selalu memelihara potensi dirinya dan potensi orang di sekelilingnya...mereka yang berjaya adalah mereka yang akalnya tidak tergugat dengan nafsunya. Kesabarannya tidak tergugat oleh kelemahan dirinya dan tidak terpedaya oleh hasutan serta tidak disibukkan oleh sesuatu yang tidak bermanfaat.

Tiada kejayaan SEMANIS MADU tanpa pengorbanan SEPAHIT HEMPEDU..
Kerana hebatnya sarang lebah itu bermula dengan setitis madu dan usaha yang berterusan..
Mengalah tidak ada sama sekali di dalam kamus orang yang hebat.

Namun, burulah DARJAT KEMULIAAN di sisi Allah S.W.T. walaupun engkau terpaksa dihambatKEHINAAN di sisi manusia.. KEMULIAAN di sisi Allah akan merapatkan kamu dengan manusia, tetapiKEMULIAAN di sisi manusia akan menjauhkan diri kamu dengan Allah.

Lihatlah dan renungilah kata-kata Saidina Umar Al-Khattab :

" Jika aku tidur pada siang hari, urusan umatku tidak akan selesai. Jika aku tidur pada malam hari, urusan peribadiku pula tidak selesai "

Santunilah, Pelajari, Hayati dan Ambil iktibar daripada sifat-sifat para sahabat terdekat Nabi Muhammad S.A.W. iaitu :

SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ memiliki kekayaan yang melimpah, namun beliau juga tampil menjadi khalifah dan pemimpin yang berwibawa dengan membawa keadilan, zuhud, ikhlas dan jujur.

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB punyai semangat tinggi di sisi Allah, tegas di hadapan musuhnya, adil dalam menentukan hukum.

SAIDINA UTHMAN AL-AFFAN mempunyai peribadi yang lemah lembut, ahli dalam melaksanakan solat tahajjud dan gemar berinfaq. Beliau juga pemalu dan lembut hatinya.

SAIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH adalah seorang perwira yang perkasa, berani dan pemidato yang sangat hebat, yang mendalami ilmu agama. Malah Nabi Muhammad S.A.W sendiri ada pernah bersabda yang maksudnya :

" Aku adalah gudang ilmu, maka Ali adalah kuncinya "

Lihatlah sahabat! Demi mendapatkan makanan, seekor semut akan berusaha naik beribu-ribu kali ke tempat yang tinggi dan seekor lebah akan terus pergi terbang jauh demi mendapatkan setitis madu.

Oleh itu berazamlah, selagi nyawa masih di badan maka selagi itulah kita harus menuntut ilmu. Harungilah sebarang ranjau di hadapan jika mahukan kejayaan yang hakiki.

Allah berfirman yang maksudnya :

" Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? "

Orang yang berusaha itu ibarat menanam pohon tumbuhan yang berbuah. Tumbuhan itu akan tumbuh bercambah dan berbuah. Ketika itu kita akan merasai nikmat dan kepuasan hasilnya. Gunakanlah pancaindera kita dengan sebaik-baiknya kerana PANCAINDERA ialah ejen kepada kejayaan kita.

SEBAIK-BAIK LENGAN itu ialah lengan pekerja.
SEBAIK-BAIK KEPALA ialah kepala orang yang berfikir.
SEBAIK-BAIK MENGANTUK itu ialah orang yang bersolat tahajjud.
SEBAIK-BAIK KAKI ialah kaki yang melangkah ke hadapan.
SEBAIK-BAIK DARAH ialah darah para syuhada'.

Syair arab ada menyebut :

"Jangan katakan,
Umur masih muda remaja..
Masih banyak kesempatan..
Tetapi renunglah..
Ramai anak-anak kecil yang dikuburkan"

Tanamkan dalam diri..ilmu mesti dicari dan ditimba sebanyak mungkin malah hati pula yang penuh sarat dengan rasa keikhlasan dan mengharap mardhotillah akan dapat menyempurnakan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Mudah-mudahan usaha menyeru kepada kebenaran dan mencegah kemungkaran dipandang Allah sebagai usaha memartabatkan ISLAM di mata dunia.

Ambillah daripada sabda Rasulullah S.A.W. ini yang maksudnya:

" Sampaikan daripadaku walaupun hanya sepotong ayat "
( hadis sohih, riwayat Al-Bukhari daripada Abdullah b. 'Amri b. Al-'Ash )

Wallahua'lam...

"percayalah, kita adalah juara..maka kekalkan kejuaraan kita itu"
"fokus itu salah satu kunci kejayaan"
_________________________________________

IMTIHAN ITU UJIAN

1. Imtihan biasanya bertujuan untuk menguji penguasaan ilmu yang dipelajari. Tanpa melihat kepada matlamat belajar setiap orang, yang sepatutnya kerana Allah SWT, imtihan telah menjadi satu sistem dalam pendidikan. Sama ada menggunakan kaedah sumatifatau formatif, ia berfungsi untuk menguji kefahaman, sehingga dapat diketahui selepas itu mereka yang cemerlang dengan mereka yang sederhana. Maknanya ia menjadi alat untuk membezakan di antara seseorang dengan seseorang yang lain.


2. Allah Azza wa Jalla memerintahkan nabi SAW supaya melakukan ujian kepada golongan wanita yang datang ke Madinah selepas Perdamaian Hudaibiah tahun ke 6 Hijrah. 

Tujuannya untuk menguji keimanan mereka dan mengetahui faktor mereka berhijrah ke Madinah. Firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahinah ayat 10:

Wahai orang-orang yang beriman, apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah mereka, Allah lebih mengetahui akan iman mereka. Dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir.


3. Imam al-Tabari (310H) dalam tafsirnya menyebut tentang apa yang dilakukan oleh nabi SAW terhadap mereka melalui soalan lisan yang diajukan. Al-Tabari menyatakan:

Diriwayatkan bahawa Ibn Abbas ditanya tentang kaedah yang digunakan oleh nabi SAW ketika menguji wanita tersebut, jawabnya: Nabi SAW menguji mereka dengan bersumpah mengatakan bahawa: Demi Allah aku tidak keluar kerana benci suami, demi Allah aku tidak keluar kerana menginginkan satu tempat, demi Allah aku tidak keluar untuk mencari dunia (harta), dan demi Allah aku tidak keluar melainkan kerana cintakan Allah dan Rasulnya. (Tafir al-Tabari, Dar al-Fikr, Beirut, jilid 28, hlmn 67)


4. Imtihan boleh berlaku dalam pelbagai konteks, sama ada kehidupan itu secara keseluruhannya atau dalam konteks yang lebih kecil. Dalam konteks pendidikan kita telah sedia makluman akan kepentingan dan kesannya. Berusahalah secara maksimum dan bertawakkallah kepada Allah. Ia merupakan tempoh yang sangat penting bagi seorang penuntut ilmu. Berjaya mengurus tempoh ini bermakna kejayaan, dan sebaliknya jika gagal mengurusnya maka ia bermaksud kegagalan.


5. Tempoh ini menguji akidah dan keyakinan kita. Lebih signifikan dikaitkan dengan qadha’ dan qadar Allah SWT, yang mubram dan yang mu’allaq. Percaya atau tidak dengan janji Allah Azza wa Jalla, dan di antara perbuatan Allah dan perbuatan manusia. Bagaimana pula dengan teori al-kasb (usaha dan ikhtiar) dalam aliran al-Asya’irah. Boleh jadi ada yang terjerumus menjadi al-Jabariah, al-Qadariah atau al-Muktazilah. Kita disuruh berusaha tetapi pada masa yang sama Allah SWT telah tentukan qadar kepada kita, bagaimana ye?. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud bahawa nabi bersabda:

Sesungguhnya kejadian setiap daripada kamu di dalam perut ibunya empat puluh hari, kemudian menjadi ‘alaqah seumpama dengannya, kemudian menjadi mudhghah (fetus) seumpama dengannya, kemudian malaikat dihantar kepadanya dan disuruh dengan empat kalimah; dituliskan rezekinya, ajalnya, amalnya, kemudian dituliskan penderitaan (neraka) atau kebahagiaan (syurga), kemudian ditiupkan kepadanya roh (nyawa). (Riwayat Abu Daud)


6. Tempoh imtihan ini juga menguji syariat dan ibadah. Ada yang menjadi baik pada musim imtihan tetapi kembali melakukan maksiat selepas tamat imtihan, alasannya supaya boleh jawab soalan dengan baik kerana maksiat boleh gelapkan hati. Terdapat juga yang fana’dengan nota dan study group hingga melewatkan solat dan mengabaikan solat berjemaah, mereka kata masa tak cukup dan kena ‘study maut’. Itu baru yang wajib belum lagi yang sunat seperti baca al-Qur’an, solat sunat rawatib dan bersedekah, lagi lah jauh untuk dilakukan. Namun masih ada yang istiqamah dengan peribadi muslim, tahniah untuk mereka. Hakikatnya manusia adalah hamba Allah SWT selagi hayat dikandung badan, samada musim imtihan atau tidak, saat kritikal atau biasa. Allah maha mengetahui setiap tindak tanduk kita, sama ada yang zahir atau batin. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 97-99:


Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui bahawa engkau (Muhammad) bersusah hati dengan apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah daripada orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu yakin (kematian).


7. Akhlak dan peribadi kita juga teruji dalam tempoh ini. Akhlak dengan rakan sebilik, serumah, sejabatan, sefakulti dan seuniversiti. Masing-masing menggunakan kaedah tersendiri dalam mengulangkaji tanpa menghiraukan sekelilingnya. Ada kaedah yang biasa dan ada kaedah yang ganjil bahkan menyakiti hati orang lain pula. Pendek kata penuntut ilmu sangat kreatif dalam hal ini. Janganlah kejayaan yang kita dapat nanti ada yang terguris dan marah dek kerana perbuatan kita. Biarlah semua orang gembira dan bahagia dengan kejayaan kita. Tunaikan hak kepada mereka yang berhak mendapatnya. Diriwayatkan daripada Abu Juhaifah daripada ayahnya:


Nabi SAW telah mempersaudarakan Salman al-Farisi dengan Abu Darda’, satu hari Salman menziarahi Abu Darda’ lalu Salman melihat Ummu Darda’ dalm keadaan bajunya lusuh, Salman bertanya: Apa yang berlaku? Ummu Darda’ menjawab: Saudaramu Abu Darda’ tidak berhajat kepada dunia. Datang Abu Darda’ dan menyiapkan makanan untuk saudaranya. Abu Darda’ menjemput Salman: Silakan makan, aku berpuasa. Salman menjawab: Aku tidak akan makan sehingga kamu makan. Abu Darda’ pun makan. Pada malamnya Abu Darda’ bangun untuk qiamullail, Salman berkata: Tidurlah. Abu Darda’ pun tidur. Seketika Abu Darda’ bangun lagi untuk qiamullail. Salman berkata: Tidurlah, maka Abu Darda’ pun tidur. Pada akhir malam Salman bangun dan berkata kepada saudaranya: Bangunlah sekarang dan kita solat. Salman berkata lagi: Sesungguhnya ke atas kamu hak untuk Tuhanmu, untuk dirimu juga ada hak, untuk keluargamu juga ada hak, maka berikanlah hak kepada setiap yang berhak. Kemudian Abu Darda’ mendapatkan nabi SAW dan menceritakan kisahnya, lalu nabi berkata kepadanya: Salman benar. (Riwayat al-Bukhari)


8. Tempoh imtihan ini juga, setiap kita mesti menjaga kesihatan. Kebersihan tempat tinggal dan kebersihan diri kerana ia sangat memberi kesan dalam menuntut ilmu. Jika tidak dijaga, ia boleh menjejaskan kesihatan. Apabila dah sakit, maka kita tidak mampu menggunakan masa yang diperuntukkan secara maksimum, pada waktu ini imtihan pun sudah tidak berfaedah baginya. Makanan yang masuk dalam badan kita juga perlu dipastikan halal dan baik. Ia bukan semata-mata tentang kesihatan, tetapi juga ada kaitan dengan doa yang mustajab. Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa:


Ketika dibacakan ayat: Wahai manusia makanlah apa yang ada di atas muka bumi ini daripada yang halal dan baik (al-Baqarah ayat 168), bangun Sa’ad bin Abi Waqas dan berkata: Ya Rasulullah, doakanlah untukku agar Allah menjadikanku orang yang mustajab doanya. Nabi SAW menjawab: Wahai Sa’ad, perelokkanlah makananmu nescaya doamu akan mustajab, demi sesungguhnya yang jiwa Muhammad dalam genggamannya, seorang hamba yang memasukkan walau sesuap makanan yang haram ke dalam rongganya, maka Allah tidak akan menerima amalannya selama empat puluh hari. (Riwayat al-Tabrani, al-Awsat)


9. Imam al-Haramain al-Juwaini (478H) yang merupakan guru kepada Imam al-Ghazali (505H), pernah mendedahkan kepada anak muridnya bahawa faktor yang menyebabkan beliau kurang lancar dalam pengajarannya adalah kerana makanan. Iaitu saki baki susu yang beliau minum daripada jirannya ketika masih kecil, yang pada waktu itu ayahnya telah berpesan supaya isterinya tidak memberikan susu selain susu badannya. Ibunya tidak perasan ketika sedang sibuk menyiapkan makanan, datang jirannya dan mendapati Imam al-Juwaini menangis lantas disusukannya. Itulah yang menyebabkan beliau tidak lancar dalam pengajaran walaupun berlaku puluhan tahun yang silam. Jadi, makanan sangat memberi kesan, maka jagalah setiap makanan yang masuk ke dalam rongga kita.


10. Kesimpulannya, tempoh imtihan perlu diurus dengan baik merangkumi ilmu dan amal. Tawakkal pula selepas daripada usaha dengan menggabungkan antara takut dan harap. Berdoa dan bermunajatlah kepada Allah dan mintalah dengan rintihan dan keyakinan. Imtihan yang berfungsi untuk menguji tahap penguasaan ilmu kita juga adalah ujian buat kita.


Ujian adalah untuk menguji tahap penguasaan, menguji siapakah antara kita yang terbaik. Tahap penguasaan apakah yang perlu kita kuasai sebenarnya?

= tahap penguasaan hati dari dipimpin nafsu
= tahap penguasaan hati dari sifat marah
= tahap penguasaan Islam di atas segala-galanya.
= tahap penguasaan Ilmu untuk kita amalkan
= tahap penguasaan tahu untuk mencetus mahu
= tahap penguasaan cinta dari cinta selain dari kepada PENCIPTA CINTA!

Kenapakah kita mahu jadi yang terbaik?

= Kerana setiap manusia dilahirkan sebagai juara
= Kerana hanya yang terbaik akan dibalas dengan balasan yang terbaik
= Kerana hanya kereta yang terbaik mampu dibawa laju
= Kerana hanya fokus yang terbaik memberi natijah ujian yang terbaik
= Kerana hanya pengorbanan terbaik membuahkan kemanisan di akhirnya
= Kerana untuk mendapatkan redhaNYA. Kenapa?
= Kerana DIA menciptakan kehidupan dan kematian untuk menguji kita manakah antara kita yang terbaik amalannya? (rujuk surah al-Mulk, ayat 2)

Dipetik Oleh : Mohd Daharudin bin Haji Daud
Sunday, December 15, 2013   Posted by anjangdahar in with No comments
Read More

Saturday, December 14, 2013


Kejayaan bukanlah satu noktah tetapi ia merupakan satu permulaan bagi perjalanan yang seterusnya. 

Matlamat merupakan arah tuju yang ingin dicapai tetapi ia bukanlah yang terakhir untuk dikecapi. Maka perlulah merancang apakah prioritinya, mana satu yang lebih penting untuk dibuat dan yang lebih aula untuk diselesaikan. Bila sudah mula melaksanakannya, jangan sesekali berputus asa selagi matlamat itu tak tercapai sepenuhnya dan jangan cepat atau mudah mengalah. 

Jika anda pernah GAGAL, fahamilah anda belum lagi gagal sebenarnya. Itu hanya permulaan untuk menemui cara yang betul. Setiap detik anda diberi pilihan untuk mencuba lagi kerana anda masih bernyawa. Teruskan berusaha mencuba untuk cari cara yang betul. Ubah strategi jika strategi yang sekarang ini tidak memberikan kesan. Orang-orang yang cemerlang tidak pernah berputus asa tetapi mereka terus merubah strategi jika halangan melanda. 

Akhir sekali, hidup ini perlu kita seimbangkan antara hak diri dan tanggungjawab. Kita ini manusia yang ada hati yang berperasaan dan bersifat biologis. Jika anda telah sedaya upaya mencapai matlamat yang dimahukan dan ia telah berjaya direalisasikan, seharusnya anda berilah hadiah buat diri anda sendiri.

Disediakan Oleh : Mohd Daharudin bin Haji Daud
Saturday, December 14, 2013   Posted by anjangdahar in with No comments
Read More

    1. Kejayaan tidak datang dari kemampuan fizikal atau otak, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. 

    2. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. 

    3. Berusahalah walaupun ianya pahit untuk ditelan demi sebuah kejayaan. Ingatlah! sesiapa yang tak pernah merasai kepahitan tak dapat mengenal erti kemanisan. 

    4. Orang yang gagal sentiasa menganggap ujian itu batu penghalang bagi dirinya tetapi orang yang berjaya akan menganggap ujian itu sebagai batu loncatan untuk menempah kejayaan. 

    5. Jika kamu ingin terus berjaya, jangan hanya memandang ke anak tangga tetapi belajarlah untuk menaiki anak tangga tersebut. Kejayaan pasti akan kamu kecapi. 

    6. Cara mendapat kek kejayaan. Mula-mula masukkan usaha dan kesabaran, pukul semangat hingga kental, gaul hingga keluar doa, campurkan keimanan, tanggungjawab dan akhlak mulia. Masukkan adunan dalam mangkuk timbang rasa. Hiasi dengan senyuman dan bakar dengan tenaga yang ada. 

    7. Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik. 

    8. Success seems to be connected with action. Successful people keep moving. They make mistakes, but they don’t quit to be the best.. 

    9. Kejayaan yang semanis madu itu lahirnya dari usaha sepahit hempedu.

    10. Kejayaan tidak lahir secara kebetulan tetapi lahir melalui matlamat yang jelas, perancangan yang matang, usaha yang keras, keyakinan dan kegigihan penuh kejujuran dan kesabaran. 

    Disediakan Oleh : Mohd Daharudin bin Haji Daud
    Saturday, December 14, 2013   Posted by anjangdahar in with No comments
    Read More

    Link Popular

    Blogger Kedah FA Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

    Search